Masih berdenyut-denyut kepala ini. Sakit yang tak tertahan sejak semalam. Lalu aku melakukan sujud selama mana yang ingin aku lakukannya.
"Saya terfikir, kalaulah saya tak maafkan orang, saya nanti akan dituntut. Jadi sebelum saya tidur, saya mesti memaafkan semua yang menyakiti hati saya tak kiralah siapa pun" Aku teringat kata-kata kembarku. Dia seorang yang aku percaya, dan mempunyai tarikh lahir sama denganku. Lalu aku katakan pada dia, "Awak kembar saya."
Hari ini, hati aku tenang sedikit. "Dalam sujud saya, saya dah maafkan semua yang menyakiti hati saya." Hanya pesanan ringkas pada kembarku ku lontarkan.
Masih teriang-iang doaku petang tadi. "Ya Allah, aku bersyukur dengan ujian ini kerananya, aku mengetahui aku dalam perhatianMU. Aku bersyukur atas ujianMU ini. Ya Allah, aku maafkan mereka yang mencanang-canangkan namaku di sana. Tetapi ya Allah, hindarilah dia, dari terluka."
Teringat kata-kata adek itu, "Pasti dia dah banyak terluka sehingga dia tak sampai hati nak cerita pada akak" Ya Allah, jauhkan dia dari segala fitnah. Biarlah aku sahaja yang menanggung semuanya. Aku inginkan dia berjaya untuk Islam. Diam-diam, aku mengagumi semangat dia yang kuat belajar. Diam-diam, aku doakan kejayaan dia untuk Islam. Diam-diam juga, aku bermohon dia tenang belajar di sana..
Tenang rasa selepas memaafkan mereka. Entahlah, bukan aku marah atau sedih diri aku menjadi bahan perbualan di sana, hanya aku memikiri dia. Dia yang terpaksa menghadapi segala macam andaian dan kata-kata orang di sekelilingnya. Ya Allah, lindungi dia..
Kepala aku sakit lagi. Tangan pantas membuka botol dan mengambil pill. Dua biji pil kapsul telah aku telan. "Mengingati Allah, hati jadi tenang" Ya, ingat Allah. Hati tidak putus-putus memuja namaNYA. Mudah-mudahan hatiku tenang kembali.
Bersiar-siar sebentar. Terhibur dengan lagu dendangan Yasin, Rindu padaMU
Tersenyum. Aku bergerak lagi, sudah lama aku tidak menjenguk ke teratak yang aku ikuti. Tetiba aku tersenyum. Ada majlis walimah lagi. Ah, ramainya yang hampir-hampir mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah. Aku tumpang gembira. Entah kenapa rasa berbunga-bunga melihat semakin ramai yang berkahwin. "Akak bila lagi?" Erk, jangan kau tanya soalan cepumas tu. "Hihihi..akak tunggu dia"..."Tunggu sapa kak?".."Tunggu dia seseorang yang sentiasa akak doakan"..."Sapa kak?"...Tersenyum...
Aku teringat adekku, salah seorang penuntut di sana. "Akak, nak tahu, saya dapat tengok dia hari ini. Diam-diam, tiba-tiba saya doakan moga akak dan dia berjodoh.." hati kecil..."Aminnnn"...
Ramai adek-adek yang bersilih ganti menghantar kad, memberitahu majlis yang bermakna bagi mereka dan tidak kurang juga yang bertunang dan dalam persediaan untuk mendirikan rumah tangga. Alangkah bahagianya mereka. Alhamdulillah, mereka hampir menyempurnakan separuh lagi iman mereka. Alhamdulillah, aku sujud syukur atas kebahagiaan mereka ya Allah..Alhamdulillah..
Entah kenapa mengetahui apabila mengetahui majlis perkahwinan sahabat-sahabat, adek-adek, saudara, hati aku teramat bersyukur dan mendoakan mereka beroleh kebahagiaan.
"Ya Allah, berikan mereka berdua keberkatan dalam perkahwinan mereka. Jadikan mereka pasangan yang bahagia, jadi kan sahabatku ini pembimbing kepada isterinya dan mudah-mudahan isterinya menjadi isteri solehah, aminnn" suatu petang di majlis walimah kawan sekolahku. Diam-diam aku mendoakan mereka. Aku inginkan mereka bahagia. Bahagia kerana Allah. Ikhlas..
Seorang adek yang juga baru sahaja menjejakkan kaki di sana juga sedang menanti hari bahagianya. "Akak, saya nak kahwin kak"
"Dengan siapa dik?".."Tut..tut..tut..(dirahsiakan)"
"Alhamdulillah, akak doakan adek akan dapat membina keluarga yang mawardah wa rahmah. Jadilah isteri solehah yang mengutamakan suami adek dahulu dalam banyak perkara. Buangkan segala persahabatan di anatara lelaki-lelaki lain, insya Allah, terjamin kebahagiaan adek" Aku menasihatinya.
"Akak bila lagi?" Erk, alahai..tak bagi soalan ni boleh tak?
"Akak? Alahai dik, belajar pun tunggang langgang lagi. Adek doakan akak dapat selesaikan Master akak ye, boleh?"
"Insya Allah kak, akak kan pandai, mesti boleh punya"..Iyolah dik, doakan akak ye...
Bila ku kenang-kenangkan kembali angan-anganku. Ah, rasanya terlalu jauh sangat. "Biarlah akak dalam kenangan akak dari akak tidak dapat memberikan hati akak seluruhnya dalam rumah tangga akak. Doakan akak murah rezeki ye dik, akak teringin sangat nak merantau. Teringin sangat nak berada di suatu tempat yang tiada siapa kenal akak dan hanya akak yang berjalan tanpa memikiri manusia-manusia yang leka dengan dunia ini"
Angan-anganku?? Tersenyum. Biarlah buat masa ini...
Hari ini aku ingin berusaha untuk meninggalkan dunia internet. Terfikir, terkenang, dan muhasabah. "Saya tak suka awak kenal dengan ustaz-ustaz sini".."Kenapa?"...Talian dah pun putus...Terpinga-pinga...
"Lebih baik kita tak payah berhubung. Biar kita sama-sama muhasabah. Jangan berhubung dengan saya selama seminggu" Air mata menitis.."Kenapa dia cakap macam tu..."
"Adek simpati sangat. Teramat simpati. Sebenarnya hakikatnya, kalian teraniaya. Adek doakan mudah-mudahan Allah akan membuka pintu kebenaran dan memberitahu kalian atas segala kebenaran" Mudah-mudahan..."Dan biarlah Allah yang memberitahu bukan manusia..." Setitis lagi mengalir...
"Akak baru sahaja mengecap kebahagiaan ini. Akak baru sahaja dapat berdiri setelah hampir bertahun akak jatuh. Tolong dik, tolong...Doakan akak diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan akak"
Masih berkumandang suara Yasin.."Cintaku ini tiada berbelah bahagi. Cinta yang suci, tiada lain"..Aku dah lali sangat dimarah, dimaki hamun, tidak dipedulikan. Semuanya menjadikan aku lali. Mereka tidak tahu dan mereka sedang mengenal ujian dan satu masa, mereka pasti akan kenal Pencipta ujian itu.
Hati yang kebal dan lali ini membuatkan berita yang dikhabarkan baru-baru ini bukan ku memikiri diriku, tetapi aku memikirkan para penuntut agama yang tidak tahu asal tujuan mereka di sana. Sudah terlalu banyak yang aku dengar, sudah terlalu banyak yang aku takuti, dan aku tak nak adek-adek yang ceria di hadapanku, yang aku kenali tersimpang dari asal tujuan.
Muhammad, Nasiruddin, Amirul Amin, Sabri, Sakinah, Fatin Husna, Aisyah, Siti Mab (sambungan dia akak tak pastilah dik, unik sangat nama adek..Hi3), Farah, dan ramai lagi adek-adek akak, akak tak nak kalian terlupa asal tujuan kalian ke sana..
"Dik, janji dengan akak, bila sampai di sana, belajar sungguh-sungguh. Akak tak nak adek jadi seperti pelajar-pelajar lain yang leka. Akak tak nak adek-adek akak hanyut. Janji dengan akak?" Aku merisaukan adek-adekku di sana. Aku hendak mereka menjadi seorang pelajar yang hebat seperti mana abangnya itu, yang diam-diam aku kagumi semangat dia dalam belajar. "Janji dengan akak"
Membaca perkhabaran itu tidak terkesan sedikit pun dengan aku kerana aku sudah biasa diri aku menjadi perbualan orang. Malah, lebih teruk dari itu pun sudah aku lalui. Dan mulut ini seolah-olah dah cukup dilatih agar diam...diam...diam...dan maafkanlah mereka. Mereka tidak tahu apa-apa. Maafkanlah mereka.
Apa yang aku risaukan..."Tenangkah dia belajar di sana, ya Allah"..Dan alhamdulillah, dia semakin menghampiri impiannya. Aku doakan semoga dia berjaya.
"Dik, khabarkan pada mereka, jika ingin mengaibkan orang, ingin melakukan fitnah, biarkan nama akak sahaja. Jangan dilibatkan orang lain. Jangan dilukakan hati orang lain. Biar akak sahaja yang hadapi semuanya." Aku dah biasa. Dugaan yang bertubi-tubi, ditikam sahabat, menjadi mayat hidup, diuji dengan segala macam anggapan. Dan aku hanya...berdiamkan diri..
"Kak, kalau kau ada masalah, bagilah tahu kat ayah.." Ayah memujuk. Diam..
"Entahlah, akak takda perasaan."...Angah pula menduga...
"Kak, hari-hari Angah doakan kau, supaya kau ada perasaan balik. Ya Allah, Kau kembalikanlah apa yang adekku hilang. Angah tak nak kau jadi macam ni" Masih diam..Dan aku tak tahu perasaan apa yang perlu aku tonjolkan.
Dan kerana itu, biarlah segala cacian, makian, fitnah, maki hamun, lontarkan sahaja pada aku. Jangan diberi pada mereka-mereka yang aku sayangi. Kerana hakikatnya, aku telah dapat rasakan hidupku adalah bersendirian.
"Hakikat kita hidup dik, adalah berseorangan. Kita hidup berseorangan"
"Eh, saya baru sahaja tulis blog kata bahawa kita bukan hidup bersendirian. Kenapa akak cakap macam tu"
"Dik, memang, memang Allah hadirkan mereka semua, tetapi bukan untuk adek tetapi Allah hadirkan untuk menguji adek. Hakikatnya, adek hidup bersendirian. Fikirlah, kita tidak pernah memiliki sesiapa pun. Satu masa nanti, kita akan kehilangan mereka, dan akan diganti pula dengan lain. Bersilih ganti, mereka datang dan pergi. Hakikatnya, adek tetap bersendirian. Allah hadirkan mereka semua, termasuk akak untuk memberi bentuk pengajaran dan memberi kematangan pada adek."
"Seperti mana yang akak lakukan. Akak mungkin boleh memberi beribu-ribu nasihat tapi hakikatnya, adek yang perlu hadapi. Bukan akak atau sesiapa. Lontarkanlah segala perasaan yang tidak senang itu jauh-jauh dik kerana semua itu perasaan yang menjadi milik Allah. Adek terasa, tapi sebenarnya adek tak layak terasa kerana adek terasa pada ujian yang diturun olehNYA.Layakkah kita? Hakikatnya, kita hidup bersendirian"
Kita akan sentiasa diuji dengan kerenah manusia di sekeliling kita. Akan, pasti dan sentiasa diuji. Janganlah ambil pusing sangat dengan apa yang mereka lakukan.
"Adek bengang betullah dengan budak pejabat adek..bla..bla..bla.."
"Kak, nak tahu, tadi ibu jumpalah...bla..bla..bla..."
"Tadi baru je pegawai senjata kat cawangan..bla..bla..blaa..."
"Kak, macam mana nak hadapi perasan tak senang dengan orang.."
"Dik, akak nak cerita sikit, boleh?"
"Akak rasa berdosa sangat...bla..bla..bla..."
"Kak, nak pinjam duit sikit...bla..bla.."
Aku hanya ingin menjadi pendengar yang terbaik, pemberi nasihat yang terbaik, seorang kakak yang terbaik untuk semua adek-adek yang mempercayaiku. Hakikat hidupku kini, aku ingin korbankan segala-galanya untuk manusia di sekelilingku hatta nyawaku juga.
"Ya Allah, jika Kau menghantar ajal buat adekku, Kau gantikanlah namanya dengan namaku dan jadikanlah dia wanita solehah. Masih banyak yang dia tidak tahu dan biarlah dia belajar mengenai makna hadirMU dalam hidupnya. Aku nak sangat dia jadi wanita solehah ya Allah"
Aku ingin hidupku bermakna dengan berkorban..
"Akak, saya tertarik dengan kisah akak. Ada peserta kem ceritakan kisah akak pada saya. Saya teringin sangat nak berkenalan dengan akak"..Aku tersenyum...
"Akak, Wardah seorang budak yang baik kak. Saya pernah tanya dia macam mana dia boleh jadi baik seperti sekarang. Dia cakap, semuanya disebabkan seorang kakak yang banyak menasihatinya. Dan saya minta no akak dari dia. Saya teringin nak jadi baik seperti dia kak" Alhamdulillah...
Bila jauh mengelamun, aku semakin mensyukuri dugaan ini, ujian ini. Entah apa lagi ujian yang akan aku hadapi esoknya pula. Apa pun yang datang, aku mesti janji pada diri aku, aku mesti berjaya..Makna hidupku adalah untuk berkorban..
Aku ingin menjadi lebih bagus di pandanganNYA.
Aku ingin tabah setabahnya untuk menghadapi ujianNYA.
Aku ingin sentiasa mengisi masaku bersama-sama denganNYA.
Dan izinkan aku hidup dengan kenanganku.
Terdetik di fikiranku untuk membuang sahaja blog ini tapi...
"Akak, teruslah menulis, saya dapat banyak pengajaran dan tulisan akak banyak mengajar saya"
"Apa pulak blog mengarut kak. Ada banyak pengajaran dari dalam blog akak ni."
Dan..aku hanya perlu berjanji pada diri aku, biarkanlah blog ini, dan mudah-mudahan ada yang bermanfaat. Dan barangkali aku akan menjengah sekali sekala sahaja. Ku doakan hati-hati yang membaca, lembut, tenang dalam dakapan Ilahi, serta sentiasa kebahagiaan mengisi hidup kalian.
Ku doakan juga, agar rahmat Allah sentiasa di sisi kalian, dan doakan aku kerana aku teramat mengharapkan doa kalian.
Terkenang aku pada saat-saat mereka yang mengatakan, "Doakan". Akan ku sambut di dalam hati, "Dia mengharapkan doaku, akan aku doakan dia" Dan terkeluar dari mulut, "insya Allah"
Dan sekali lagi, aku mengharapkan doa kalian. Berikan aku ketenangan dan penuhkan hatiku dengan cintaNYA.. Kerana aku masih belum layak menerima cintaNYA.. Kerana meraih cintaNYA itu teramat sukar..Allah..
Tangan sudah menongkat dagu. Aku terpesona dengan satu kisah percintaan. Kisah yang terbit di dalam salah satu buku karangan Kang Abik. Kisah mengenai sepasang kekasih yang cintanya tak kesampaian dek kerana halangan keluarga. Seorang lelaki soleh telah menyedarkan dia dan kerana itu, mereka bersungguh-sungguh berdoa pada Allah. Allah tidak satukan mereka di dunia dan telah mengambil sang wanita.
Bila diketahui oleh si lelaki itu, teruslah dia pergi ke kubur dan menangis sehingga terlena di atas kuburan sang kekasih. Dan di dalam mimpinya dia bertemu dengan kekasihnya. Kekasihnya memberitahu, enam hari kemudian, mereka akan bersatu. Maka, selepas enam hari, lelaki itu pula dipanggil Allah. Dan bersatulah mereka di sana.
Masih ada lagikah cinta seperti itu?
Dan terus-terusan aku bermunajat, meminta yang terbaik, dan pahatkan namanya untukku...Dan aku hanya menyakiniMU...
Kerana Allah, Demi Islam, Kita Berjuang...



